Testimoni

 
Sebagai seorang ibu saya sering memikirkan tentang masa hadapan anak tunggal saya yang baru didalam tingkatan 3. Masalah pembelajarannya, masa depannya dan juga bagaimana harus mencari wang lebih bagi menampung perbelanjaan harian. Gaji kerja tetap yang di dapati bulanan hanya cukup untuk menampung pembayaran bil utility, kereta dan rumah sahaja dan tidaklah dapat untuk berlebih seperti untuk memasukkan anak ke kelas-kelas tambahan.

Semua itu telah menyebabkan stres dan saya mengalami kesukaran untuk tidur malam, sering di timpa sakit-sakit kepala/migraine. Apabila bangun pagi untuk ke tempat kerja, badan saya terasa amat letih dan berat akibat kurang tidur. Akhirnya apabila saya membuat rawatan di klinik, saya telah disahkan mengidap penyakit darah tinggi ( high blood pressure ).
Ubat yang dimakan hanya menghilangkan sakit kepala sementara sahaja dan masalah tidak dapat tidur berterusan. Saya tidak suka untuk memakan ubat tidur yang diberi oleh doktor selalu kerana takut ianya akan memudaratkan didalam jangkamasa panjang.Akibatnya saya berasa malas untuk ke tempat kerja kerana badan yang lesu.

Saya bernasib baik apabila seorang kawan telah memperkenalkan Enzim Noni kepada saya. Apabila saya mengambil Enzim Noni dengan cara yang di suruh ( dua titik bawah lidah, sebelum tidur dan sebaik bangun pagi ) selama seminggu, saya dapati ianya sungguh berkesan. Sakit kepala saya sudah hilang, saya sudah boleh tidur malam dengan lena dan badan saya pun terasa ringan apabila bangun pagi dan apabila bekerja saya rasa lebih cergas dari selalu. Dan yang paling ajaib.. darah tinggi saya sudah turun apabila saya membuat ujian di klinik.

Saya juga telah menjadi ahli BSY Noni dan mendapat diskaun ahli keatas barang-barang keluarannya. Disamping itu saya juga dapat menjana pendapatan melalui bisnes plan BSY Noni ini. Saya amat yakin atas mutu produk BSY Noni ini kerana saya telam mengalami sendiri akan kebaikannya.

Testimoni dari : Aliza Ahmad
Padang Jawa, Kelang Selangor.