Enzim Noni - Herba membantu Senggugut

Senggugut
Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar daid yang tidak menentu. Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekak dan menjadi lebih serius.

Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku? Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini?

Sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman, ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid. Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan. Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.

Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa leih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.