Kerabu kering pucuk mengkudu

di cerita oleh cikcah: on 8:59 AM
Dah lama tak makan kerabu kering pucuk mengkudu dan pucuk ulam yang lain. Dulu selalu mak masak. Lepas makan kerabu ni kadang aktif sikit acara membuang angin. Balik kampung masa nak ambik anak2 baru ni sempat le cari pucuk mengkudu muda, daun sekentut, daun kunyit (takde dalam gambo) dan daun kaduk. Mak cakap kalau nak rasa pahit sikit elok jugak le letak pucuk sungkai (kawe dok kenal mana satu, tu yang tak pi cari). Ulam2 tu merata je boleh dapat kat kawasan rumah mak kecuali pucuk sungkai kena merayap sikit cari kat kawasan semak..takut. Kecik2 dulu boleh le sebab tak tau takut pun masa nak cari daun main pondok2..

Perlukan enzim Noni botol lebih besar?

Dapatkan Noni 60 ml pada harga RM170-00 sebotol ataupun 30 ml pada harga RM80-00.


Seleksi 1 MAC 2010


Testimoni peribadi dari saya yang telah disiarkan oleh Majalah Seleksi keluaran 1 Mac 2010.



Diantara mereka yang juga memberi testimoni masing-masing. Hubungi mereka untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Harga Produk Spring Crystal dan Spring Dew (anti aging)

Spring Crystal (sabun muka)
Kuantiti -  1 kotak yang mengandungi 12 bar/buku sabun
Harga     -   RM540.00 @ RM45-00 setiap satu bar/buku

Spring Dew (anti aging)
Kuantiti - 1 kotak yang mengandungi 4 botol (15ml sebotol)
Harga     -  RM400.00 @ RM100.00 sebotol

Cara-cara membuat pesanan produk diatas :-
Deposit tunai ke akaun CIMB 1435 - 000108 - 12 - 08 (Ahmad Ashaidi Bin Hussin)
SMS maklumat berikut kepada HP No. 012-283 2092
a) tarikh dan masa deposit cash
b) amaun
c) alamat dimana produk ingin dihantar
d) nombor telefon/HP anda

Mengkudu merawat H1N1

PENDANG: Seorang pengamal perubatan tradisional di Bukit Kuang di sini, mendakwa mampu mengubati Influenza A (H1N1) menggunakan tujuh jenis herba dan buah tempatan yang dihasilkan sendiri sejak sebulan lalu.

Pesara guru, Romli Hussin, 56, mendakwa lebih 200 pelanggan yang menggunakan herba itu termasuk lima ahli keluarganya yang mempunyai simptom seperti H1N1, iaitu demam berpanjangan, batuk, selesema, sakit tekak dan pening kepala pulih selepas beberapa hari mengambil herba berkenaan.

Katanya, kemampuan herba itu untuk mencegahnya teruji apabila anak keempatnya, Rohizati, 20, yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pulang ke kampung selepas universiti itu ditutup seminggu sebagai langkah mengawal penularan wabak H1N1.

“Dia mengalami simptom seperti demam dan sakit tekak dan keadaan itu bertambah serius apabila empat ahli keluarga saya termasuk isteri, Roshidah Ismail, 43, turut mengalami simptom hampir sama.

"Saya terus mengadun tujuh ramuan herba yang terdiri daripada daun mahkota dewa, daun akar cerita, daun Afrika, daun malberi, daun mambu dan buah mengkudu hutan serta buah tunjuk langit untuk dikapsulkan sebelum diberikan kepada Rohizati.

"Selepas beberapa jam mengambil herba ini, anak saya menunjukkan reaksi yang positif dan kembali segar daripada kelesuan. Demam panasnya juga berkurangan dan badannya mula berpeluh," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sebelum itu, Romli sudah menghasilkan 13 jenis produk berasaskan herba yang dihasilkan sendiri menggunakan kepakaran diwarisi daripada ibu bapanya yang mempunyai latar belakang sebagai pengamal perubatan tradisional.

Minat yang mendalam untuk meneroka khazanah alam yang diwarisi sejak zaman berzaman, beliau sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menjalankan penyelidikan termasuk menghantar herba itu untuk dianalisis oleh agensi berkaitan.

Romli berkata, dia juga memberikan herba itu kepada ahli keluarganya dan kenalannya termasuk 60 pelajar sebuah sekolah menengah agama rakyat (SAR) di Batu 16, Jalan Alor Setar-Sungai Petani yang mengalami simptom hampir sama dengan H1N1.

Beliau mendakwa selepas menggunakan herba berkenaan, mereka memberi reaksi positif dan terus mengamalkan herba itu sebagai alternatif mengawal penularan H1N1.

Sementara itu, setiausaha sekolah agama berkenaan, Mohd Najib Fahami Yahya, 54 yang dihubungi berkata, hampir 80 peratus daripada 60 pelajar sekolahnya yang mengalami simptom H1N1 sembuh selepas menggunakan herba berkenaan seminggu lalu.

TUMBUH-TUMBUHAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Mengkudu besar juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional khususnya di negara Asia Tenggara.Nama botani bagi mengkudu besar ialah Morinda citrifolia Linnaeus . Pokok mengkudu besar tumbuh secara semulajadi di kawasan lapang, terutamanya di Asia Tenggara. Dikatakan spesis ini berasal dari Quueensland di Australia dan tersebar ke kawasan lain hasil tanaman manusia dan tumbuh secara semulajadi dibawa ombak laut. Ketinggian pokok ini boleh mencapai 6 meter. Bahagian batang kayunya pendek dan bahagian silaranya pula berbentuk bujur telur, meruncing ke atas. Kulit kayunya pula berwarna cerah manakala daunnya berwarna hijau tua. Buahnya berbentuk bujur seperti buah pir, berbintik-bintik,semasa muda berwarna hijau dan bertukar jadi putih kuning apabila masak dan mengandungi banyak biji.

Seperti juga tumbuhan lain, khasiat perubatan mengkudu besar amat banyak. Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, mereka menanam pokok mengkudu besar sebagai ubatan. Buah yang sangat masak dimakan sebagai perangsang aliran haid dan ubat kencing manis. Sementara itu, air perahan buahnya diminum sebagai ubat penawar sengugut dan sakit otot, sakit semasa buang air kecil dan air besar. Bagi mendapatkan kulit yang lembut, air buah disapu pada kulit dan buah juga boleh dimakan bersama bahan lain untuk mengubati penyakit limpa, penyakit hati , beri-beri, pendarahan dan batuk-batuk.

Di Jawa pula, isi buah mengkudu besar diasingkan dengan bijinya , dihancurkan bersama gula dan dicampur air dan jusnya ini kemudian diminum sebagai perangsang buang air besar. Air rebusan kulit kayu pokok ini digunakan sebagai ubat demam panas , demam mengigil dan demam malaria. Kulit kayu juga dijadikan sejenis tonik dan antiseptik untuk masalah kulit seperti kudis, luka-luka dan ulser. Selain itu , daun dipanaskan dan diletak atas badan sebagai ubat batuk-batuk, bengkak limpa, demam panas dan sakit perut. Sementara air rebusan daun diminum sebagai ubat cirit-birit, disentri, muntah-muntah, kolik, sawan dan tonik. Akar, daun dan buah pula digunakan untuk membunuh cacing dalam perut.

Enzim Noni - Herba membantu Senggugut

Senggugut
Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar daid yang tidak menentu. Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekak dan menjadi lebih serius.

Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku? Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt. Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini?

Sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman, ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid. Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan. Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.

Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa leih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.

Produk Baru Di Malaysia - Spring Dew Anti Penuaan


Spring Dew (anti aging)
Kuantiti - 1 kotak yang mengandungi 4 botol (15ml sebotol)
Harga - RM400.00 @ RM100.00 sebotol